Sunday, August 17, 2008

Wawancara Najib dengan Mingguan Malaysia...Baca dan Teliti ..dan gunakan akal ye!

With permission from Mingguan Malaysia:




Tiada siapa ‘kebal’


Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri.


Bermula semalam hingga 26 Ogos ini, kawasan Parlimen Permatang Pauh menjadi tumpuan arena politik negara.

Ini kerana di situlah akan berlangsung pilihan raya kecil yang dianggap paling sengit kerana bakal menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh calonnya, Datuk Arif Shah Omar Shah dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di atas kertas banyak pihak meramalkan BN akan menghadapi laluan sukar kerana Parlimen Permatang Pauh bukan sahaja kerusi lama Anwar malah ia dianggap kawasan `kebal’ untuk beliau.

Namun bagi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai jentera BN di sana, beliau bukan sahaja menolak persepsi ‘kekebalan’ itu malah melihat sesuatu yang dianggap mustahil boleh menjadi tidak mustahil.

Walaupun mengakui ia satu pertempuran yang sengit, Najib percaya BN yang akan turun sebagai `under dog’ mampu mencapai kejayaan melalui pelbagai strategi terutamanya memastikan ahli komponennya keluar mengundi pada 26 Ogos ini. Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, AZIZ ISHAK, HASSAN MOHD. NOOR, ZULKIFLEE BAKAR dan ROSNI HASSAN hampir sejam di pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lalu, Najib turut mengulas mengenai langkah Anwar yang berusaha untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini.

Menurut beliau, berikutan janji itulah Anwar kini dilihat terdesak kerana jika impian itu tidak tercapai ia akan menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin. ``Jika sampai kepada 16 September nanti, dia tidak menjadi Perdana Menteri ini akan menjadi satu tempelak yang besar kepada dia,’’ katanya yang kelihatan ceria sepanjang wawancara itu.

MINGGUAN: Apa pandangan Datuk Seri mengenai Pilihan raya kecil Permatang Pauh?

NAJIB: Ramai berkata BN menghadapi satu keadaan yang amat sukar di Permatang Pauh. Namun kita akan cuba menggerakkan jentera kita dengan penuh komitmen. Kita juga perlu mengambil kira apa kelebihan dan kekuatan yang ada pada BN. Selama ini bila kita mengkaji keadaan setempat di Permatang Pauh didapati kita tidak berjaya untuk menterjemahkan kekuatan BN kepada undi.

Saya berkata demikian kerana pertama, dari segi keahlian UMNO sahaja mempunyai 19,000 ahli yang boleh mengundi. Soalnya kenapa calon kita di peringkat Parlimen tidak boleh mendapat hampir 19,000 undi. Kedua, kita juga sedar bahawa keahlian parti -parti komponen BN lebih kurang 7,000 lagi, ini menjadikan dari segi keahlian BN mempunyai 26,000 orang. Ketiga, kalau kita dapat sebahagian besar undi daripada ahli kita sahaja, kita boleh mencapai kejayaan.

Kalau jentera parti bergerak, seorang dapat cari seorang lagi pengundi tentu kita akan mempunyai bilangan undi melepasi keperluan untuk menang. Jadi atas kertas, ada asas mengapa BN boleh menang, maknanya yang dikatakan mustahil boleh menjadi tidak mustahil, ertinya boleh berlaku di luar dugaan. Tugas kita ialah untuk memberi tumpuan kepada kekuatan ini. Kita mesti memastikan setiap pengundi BN dikesan, ditemui dan dihubungi untuk mengundi BN.

Bagaimana dengan faktor kekuatan dalaman UMNO itu sendiri?

NAJIB: Semua tahu bahawa ada konflik dalaman di UMNO bahagian Permatang Pauh berikutan perebutan jawatan Ketua bahagian yang setakat ini ada tiga calon bersaing. Ertinya ada tiga kumpulan dalam UMNO bahagian tersebut. Saya sudah berjumpa mereka dan mereka telah memberi perakuan akan ketepikan pemilihan dalam UMNO dan menjadikan pilihan raya kecil ini sebagai fokus. Mereka juga berjanji tidak akan membenarkan perbezaan pendapat dalam parti menyebabkan mereka tidak menyokong calon BN atau lebih buruk daripada itu menjadi dalang dengan mengarahkan penyokong masing-masing memberi sokongan kepada calon PKR.

Jadi saya bercakap terus-terang bahawa jika ini berlaku, BN dan UMNO akan kalah. Mereka juga mesti sedar bahawa kita akan berada di situ dan kawasan itu akan menjadi tumpuan semua pemimpin atasan termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Oleh itu mereka perlu menunjukkan bukan sahaja kepimpinan yang baik dan berkesan tetapi kesetiaan mereka dan penyokong-penyokong mereka kepada BN akan diuji.

Apa pandangan Datuk Seri berhubung budaya meletakkan jawatan wakil rakyat bagi memberi laluan kepada orang lain bertanding?

NAJIB: Ia sebenarnya tidak perlu kerana menyusahkan pengundi dan semua pihak serta membazirkan masa kita untuk pentadbiran. Ini kerana kita harus turun ke bawah berkempen dan akhirnya ia tidak mengubah apa-apa. Kalau di Permatang Pauh ini ia hanya ada dua keputusan sama ada kekal status quo atau BN menambah lagi satu kerusi, itu sahaja. Bila kita pilih seseorang menjadi wakil rakyat kita mahu dia berkhidmat selama lima tahun atau satu penggal bukan selepas lima bulan meletak jawatan. Ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tidak adil kepada pengundi.

Datuk Seri pernah menyatakan bahawa pilihan raya kecil ini adalah pertempuran kecil sebelum ‘peperangan besar’ bagi Pilihan Raya Umum Ke -13, apa maksudnya?

NAJIB: Pembentukan kerajaan hanya berlaku semasa pilihan raya umum melainkan ada sesuatu yang luar biasa berlaku tetapi insya-Allah tidak ada tanda-tanda tersebut. Jadi pilihan raya kecil ini hanyalah ‘run-up’ kepada pilihan raya umum jadi kita akan hadapi apa-apa pertempuran ini sebagai biasa, tetapi kesudahannya `perang besar’ ialah Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dari segi isu, sudah pasti PKR akan terus melakukan serangan peribadi.

NAJIB: Kalau mereka menyerang soal peribadi bererti penyokong BN pun akan bertindak balas. Ini akan menjadikan ia satu pilihan raya yang kotor. Sepatutnya pilihan raya ini mencerminkan kematangan dalam proses demokrasi di Malaysia, sesuatu yang dilaung-laungkan oleh parti pembangkang selama ini. Tetapi apakah mereka akan membuktikan laungan itu sekadar retorik atau mengamalkannya?

Kita mahu mengamalkan satu pertandingan yang adil melalui satu proses yang berjalan dengan penuh kesopanan, ketertiban dan memberikan fokus kepada isu-isu.

Sejauh manakah parti-parti komponen BN boleh digerakkan sepenuhnya kerana dalam keadaan sekarang ada juga isu berkaitan bukan Melayu?

NAJIB: Walaupun pengundi bukan Melayu adalah kumpulan minoriti tetapi mereka adalah kumpulan minoriti yang besar iaitu 30 peratus. Mereka boleh menentukan kemenangan atau kegagalan BN. Jadi kita pun ada strategi untuk kumpulan bukan Melayu ini, selain mengharapkan kepada parti-parti komponen BN, kita juga ada pendekatan tambahan seperti menghubungi kelompok-kelompok tertentu yang tidak menjadi ahli atau penyokong BN. Mereka mesti dihubungi supaya mereka lihat BN adalah parti yang menjuarai kepentingan semua kaum.

Dalam beberapa pilihan raya kebelakangan ini isu-isu pembangunan dilihat tidak lagi menarik sokongan dan keyakinan rakyat?

NAJIB: Ada ketika pembangunan itu penting, ada ketika soal sentimen ataupun persepsi lebih penting. Saya melihat dalam konteks politik tanah air kita kedua-dua itu penting. Ada setengah tempat sudah terlalu membangun jadi soal pembangunan mereka tidak kisah sangat.

Ada kawasan di luar bandar dan pinggir bandar yang amat peka kepada soal pembangunan. Tetapi dalam politik tengok keadaan setempat. Kedua-dua itu perlu kita ambil kira iaitu pertama, soal pembangunan dan kemampuan kita untuk berkhidmat sebagai sebuah kerajaan.

Kedua, soal sentimen dan persepsi yang mana ada kala kedua-dua sentimen itu lebih mengatasi soal pembangunan.

Jika ada seorang penduduk di Permatang Pauh bertanya hari ini kenapa kami perlu pilih BN, apa Datuk Seri akan jelaskan?

NAJIB: Kita sebenarnya menjadi sasaran kepada retorik politik pembangkang termasuklah kononnya selama ini kita tidak memperjuangkan kepentingan rakyat. Sebab itu mereka guna nama Pakatan Rakyat. Padahal kalau kita menyingkap kembali 50 tahun negara merdeka sampai sekarang, kalau BN tidak jadi juara kepentingan rakyat, tidak mungkin negara kita berada di tahap hari ini.

Negara lain ada yang mendapat kemerdekaan lebih awal daripada kita atau sama tarikh seperti kita, tidak maju macam Malaysia. Kita berada dalam keadaan di mana keseimbangan antara kaum lebih jelas berbanding ketika merdeka. Di mana letaknya maruah orang Melayu waktu kita merdeka, siapa yang menjadi pembela kalau tidak UMNO dan BN?

Dakwaan pembangkang hanyalah mainan politik, mereka hijack platform ini dan articulate dalam bentuk baru seolah-olah menidak jasa dan budi UMNO dan BN selama ini.

Anwar bercakap berbeza-beza apabila berjumpa dengan sesuatu kaum, ini boleh cetuskan kekeliruan antara kaum?

NAJIB: Dia mengelak daripada menyatakan sesuatu pendirian yang jelas. Dia cakap terlalu umum dalam bentuk retorik, semua orang boleh cakap, bunyi sedap, dengar pun sedap.

Tetapi kalau kita tanya dari segi pengisiannya, saya ingat dia akan gelabah. Sebab pada masa itu dia terpaksa menyatakan pendirian sebenar dalam bentuk dasar dan program. Kerajaan kalau membuat sesuatu ketetapan ia dalam bentuk dasar sebab itu pendirian kita tidak pernah kabur.

Sebelum ini BN hanya berhadapan dengan jentera pembangkang yang diketuai oleh Anwar tetapi kali ini BN akan berhadapan dengan Anwar sendiri sebagai calon.

NAJIB: Ada kelainan kali ini berbanding pilihan raya lalu sebab kita berlawan dengan pemimpin utama mereka. Sebelum ini kita hanya berlawan dengan pemimpin mereka sama ada pemimpin di peringkat tempatan atau negeri. Sudah tentulah kali ini persaingan akan sengit. Namun kita tidak mahu membuat apa-apa ramalan tetapi kita hendak jentera dan ahli-ahli bergerak dengan penuh komitmen. Ada baiknya juga kita masuk pilihan raya kecil di Permatang Pauh ini sebagai `under dog’, bukan sebagai favourite. Barangkali ini kali pertama masuk sebagai `under dog’ tetapi dalam pilihan raya kecil lain pun sengit juga seperti di Pengkalan Pasir dan Ijok tetapi di Permatang Pauh inilah yang paling besar cabaran untuk BN.

Ada pandangan mengatakan Anwar `kebal’ di Permatang Pauh.

NAJIB: Setelah dia sebut-sebut bertanding di tempat lain akhirnya dia mencari tempat yang selamat. Jadi maknanya ada kurang keyakinan bahawa jika dia bertanding di tempat lain, dia tidak tahu sama ada tempat itu boleh menyebelahinya atau tidak. Tetapi kesudahannya Anwar pilih tempat yang pada tanggapan dia memberi keyakinan lebih kepadanya untuk menang. Saya tidak suka menggunakan istilah ‘kekebalan’ sebab dalam sistem demokrasi berparlimen tidak ada pemimpin yang seharusnya menganggap dirinya kebal. Sebab pasang surut dalam politik adalah perkara biasa. Ada masa kita akan menjadi popular dan ada masa kita menjadi tidak popular, ia bergantung kepada kewibawaan dan penerimaan rakyat.

Bagaimana pula dengan andaian bahawa Anwar kalaupun menang tidak akan mencapai majoriti besar?

NAJIB: Terlalu awal untuk menyatakan perkara ini. Biarlah kempen berjalan dulu sebelum kita membuat sesuatu andaian tentang sikap pengundi, sama ada mereka ini akan mengundi mengikut kepada sentimen atau melihat siapa yang boleh membela dan memberi khidmat lebih baik.

Mohamad Ezam Mohd Noor menyatakan pilihan raya kecil di Permatang Pauh adalah pertempuran moral antara BN dan PKR, khususnya Anwar.

NAJIB: BN tidak akan menyentuh isu moral Anwar sebab kita anggap ia perkara peribadi dan terpulanglah kepada dia untuk membersihkan namanya. Ini kerana yang menuduh dia bukan BN, walaupun ada percubaan mengaitkan BN tetapi yang menuduh dia ialah bekas pembantu peribadinya sendiri. Jadi biarlah kita tetapkan dalam perspektif sedemikian.D alam soal moral ini bukan BN lawan dia tetapi seorang yang dipercayai oleh dia dalam pejabatnya yang membuat tuduhan serius itu.

Anwar bertanding di Permatang Pauh dengan matlamat untuk mencapai impian menubuhkan kerajaan melalui `pintu belakang’ pada 16 September. Adakah wajar penubuhan kerajaan seumpama itu dilakukan?

NAJIB: Saya membaca pandangan beberapa tokoh mengenai perkara ini termasuklah Dr. Chandra Muzafar yang menggunakan istilah `Perdana Menteri pintu belakang’. Saya tidak nampak bagaimana jika Anwar mencapai kejayaan di Permatang Pauh ini boleh menyebabkan BN jatuh sebagai sebuah kerajaan, BN boleh jatuh seandainya 30 ahli parti itu menyeberang masuk kepada pembangkang tetapi setakat ini tidak ada sebarang petanda berhubung perkara itu. Saya berasa Anwar berada dalam keadaan tertekan sebab dia hendak jaga kredibilitinya sebagai seorang pemimpin. Ini kerana dia sudah menjaja seolah-olah penubuhan kerajaan itu akan berlaku. 16 September hanya tinggal sebulan sahaja lagi saya tidak nampak keadaan dalam BN hari ini begitu bergelora sehingga menyebabkan ada ahli Parlimen BN sedang menunggu melompat masuk parti pembangkang.

Jadi dia dalam keadaan tertekan untuk menjaga kredibiliti sebagai pemimpin kerana jika sampai kepada 16 September nanti, dia tidak menjadi Perdana Menteri, ini akan menjadi satu tempelak yang besar kepada dia.

Anwar sudah gembar-gemburkan BN akan guna apa saja taktik untuk memastikan kemenangan BN?

NAJIB: Kedua-dua pihak hendak menang tetapi kita tahu apa yang parti pembangkang telah buat dan mungkin boleh buat. Tapi seberapa yang boleh kita hendak kempen ini bersih dan bersopan.

Pembangkang mempersoalkan kenapa BN memilih Arif Shah sebagai calon. Adakah kerana BN ketandusan pemimpin?

NAJIB: Tidak, sebab situasi di Permatang Pauh unik atas beberapa sebab dan kita terpaksa mengambil satu langkah yang unconventional. Kalau ikut convention BN di Semenanjung kalau sudah jadi wakil rakyat DUN, dia tidak menjadi calon peringkat Parlimen, itu convention. Tidak ada apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan yang menghalang.

Malah bagi parti pembangkang, ini perkara biasa. Banyak pemimpin mereka bertanding peringkat Parlimen dan DUN. Jadi saya rasa hairan kenapa dia nak mempertikaikan BN walhal dia mengamalkan perkara ini.

Di Permatang Pauh, jika kita lihat tahun 1999 faktor simpati memberi kemenangan kepada BN, 2004 pula emosi terhadap Wan Azizah tetapi BN berjaya mengurangkan majoriti undi dan 2008 BN tewas kerana tsunami politik, jadi bagaimana kali ini?

NAJIB: Setelah lima bulan berlalu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 mungkin pengundi di Permatang Pauh boleh membuat sesuatu pertimbangan semula, boleh reflect atas apa yang berlaku dan melihat daripada perspektif lain. Maknanya, kita berharap kali ini mereka beri peluang kepada BN.

BN kali ini berhadapan dengan negeri pembangkang. Bagaimana hendak menangani cabaran tersebut?

NAJIB: Ini bukan kali pertama kita bertanding di negeri pembangkang. Dalam penggal Parlimen dahulu kita bertanding di Pengkalan Pasir di negeri pembangkang, tapi kita berjaya. Jadi kita ada pengalaman, apabila bertanding di negeri pembangkang kita mesti mengggunakan apa sahaja kelebihan yang ada. Kita perlu tumpu kepada jentera parti kerana kita tidak boleh bergantung kepada orang lain.

Sejauh manakah Datuk Seri melihat isu kos sara hidup, kenaikan harga minyak dan sebagainya akan mempengaruhi rakyat?

NAJIB: Rakyat hendakkan sebuah kerajaan yang prihatin kepada kepentingan mereka. Kalau mereka rasa terhimpit kerajaan boleh buat sesuatu dan sebenarnya kita telah dan akan terus buat sesuatu.

Malah Perdana Menteri membayangkan kemungkinan harga minyak akan turun pada 1 September nanti dan ini sudah tentu akan memberi kelegaan kepada rakyat.

Subsidi 30 sen akan terus kita kekalkan dan di samping itu pulangan rebat kepada rakyat berjalan. Belanjawan akan dibentang pada 29 Ogos ini. Dalam belanjawan ini saya tahu akan ada lagi pertimbangan untuk rakyat.

Jadi saya harap rakyat tidak gusar. Selagi kita termampu kita akan buat, tetapi dalam lingkungan yang boleh kita tunaikan. Tidaklah kita buat sesuatu tetapi tidak berpijak di bumi nyata.

Umpamanya, kalau kita kata seperti yang didakwa oleh Anwar boleh turunkan harga minyak 70 sen kalau dia berkuasa, ini bererti satu janji yang memindah resources daripada satu keperluan kepada keperluan lain.

Apakah ini jalan terbaik? Memang kita boleh kurangkan harga 70 sen tapi berbilion-bilion lagi peruntukan yang perlu untuk sektor lain terpaksa kita kurangkan, apakah ini wajar?

Umpamanya kalau kita hendak pembangunan luar, memajukan bidang pendidikan dan hendak membina hospital, kita perlu peruntukan. Apakah kita hendak tarik peruntukan keperluan lain ini semata-mata hendak kurangkan harga minyak tanpa melakukan pembentangan secara keseluruhan.

Cuma kalau kita cakap turun harga minyak boleh tetapi kita tidak sebut daripada mana sumber itu akan datang dan apa implikasi kalau sumber itu tidak digunakan untuk keperluan lain.

Apa harapan Datuk Seri kepada pengundi Permatang Pauh?

NAJIB: Harapan saya supaya mereka tidak terbawa-bawa dengan soal retorik politik mahupun dalam soal sentimen. Saya harap mereka akan fikir secara rasional dan menimbang dengan mendalam, memahami isu sebenar dan hala tuju serta masa depan negara kita.

Tamat.

_____________________________________________________________________





Terpulang kepada umat Islam menilai sumpah Saiful, kata Najib

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta umat Islam menilai sendiri sumpah laknat oleh Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya Saiful memilih kaedah Islam untuk menebus maruah dengan melakukan sumpah laknat, dan wajarlah umat Islam menilai langkah yang diambilnya itu."Dalam sistem kita mana-mana individu yang dituduh boleh membersihkan diri atau maruah sama ada dengan cara Islam atau cara mahkamah, dan Saiful memilih cara Islam, dan (kini) terpulanglah pada rakyat menilai sumpah Saiful itu."Sejak awal lagi saya katakan isu sebenar yang berlaku ialah melibatkan antara Saiful dan Anwar, dan ini tidak ada kena mengena dengan BN (Barisan Nasional)," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera UMNO untuk pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh di Butterworth Jumaat.- 15/8/2008 (Agenda Daily).




Dr Mahathir juga kata Anwar perlu bersumpah

Tun Dr Mahathir sendiri berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersumpah dengan nama Allah sambil memegang kitab suci al-Quran untuk meyakinkan masyarakat bahawa beliau tidak meliwat bekas pembantu peribadinya,Saiful Bukhari Azlan.Katanya kepada para wartawan selepas lawat pameran MAHA di Serdang, "Bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi kemudian pegang al-Quran...junjung al-Quran baru boleh terima.’’Menurut bekas Perdana Menteri itu dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dalam ceramahnya sebelum ini bahawa beliau telah bersumpah adalah tidak memadai.- 16/8/2008 (Agenda Daily)




9 comments:

lebih percaya ular said...

1.Jika mahu `jaminan' BN menang di Permatang Pauh sila bawa masuk Tun berkempen dalam pilihanraya ini.

2.Pak Lah tidak dibenarkan berkempen kerana beliau boleh lah diumpama kan membaling petrol kedalam api yang sedia marak.

3.Najib....

4. Muhyidin ok.

5. lain-lain pemimpin umno dalam kabinet? HAMPEH....

lebih percaya sayfool said...

ello...Tun dah kluar Umno la...macam mana nak kempen untuk umno...patut Tun bertanding sajelah sebagai Bebas kalau dia ingat dia masih terer.

Anonymous said...

Pasquale,

Awaken from your racist ways. Malaysia no longer needs Barisan Nasional!

Don't be a blind supporter of the BN. Najib is no saint! You seem to treat Najib just like how others treat Anwar. Both are no saints.

Channel your energy to fight for a Malaysian Malaysia, not a Malaysia for Malays only with Chinese and Indians as second class citizens! You sound unhappy that Chinese and Malays demand equal rights.

Can't you accept that we are no longer immigrants after more than 3 generations of settlement in Malaysia.

BN must reform or it will surely die! I fear for MCA's future because UMNO diehards refuse to look at themselves and make the right diagnosis of the problem - Malaysians are rejecting racial politics!

Pasquale said...

anonymous,

Singapore has never been Singaporean Singapore, Singapore is for Chinese.
do not think for a moment that you can make a Malay like me believe the Chinese are second class citizen in this country. Just look around on who's who owning what in this country. But yes the Chinese especially will not rest until they can take political control of the country. And they see doing it through Brother Anwar Bin Ibrahim and his PKR. Malay, as Tuan Rumah, has been very accommodating, and do not mistake that for being weak! We have accommodate many kinds, and now these "kinds" want to take over my country?!?
BTW I will not entertain, seriously not entertain anyone with anonymous signature!

tonistuck said...

Pasquale, I think we should do something to educate people about Malaysiakini. It's okay for them to have their own opinion but I think we need to create awareness amongst the public that it is NOT a totally impartial site. What is your opinion on this? I think that it's a propaganda vehicle for PR.

Even the PM of Singapore made a mention of it (promoting it?)

http://www.malaysiakini.com/news/88108

And what's up with it being FREE only in BM? Encouraging more Malay people to read it and be influenced?

Pasquale said...

tonistuck,

Of course Malaysiakini is part and parcel of that American Non Official Cover (NOC) factor used to destabilise any country that is perceived and deemed unfriendly to Uncle Sam (US).
But this government is not necessarily is a strong one under this prime minister. Under this prime minister all hell break loose in terms of convention, mores and constraints. Under this prime minister not only Malay states are being ruled by chauvinist Chinese party, if we are not careful we will have racial war if one questioned entrenched Malay rights for example. The thing with Malaysiakini is, it is set to condition stupid Malays that changes made are okay for them. This big conditioning blitz is also being done by pressuring a weak leader like Abdullah Ahmad Badawi to make many decisions that is considered detrimental to the entrenched Malay rights1 Think about this!

Arnaz M. Khairul said...

Also educate zorro a little bit. He shows pictures of BN supporters wagging their asses on his blog. But those asses are fully clothed. And the BN supporters did not beat up any Malaysiakini photographer or TV Smith. That's the difference.
PKR pussies go about beating up NST photographers just because they can. And then they say, it was some people 'pretending' to be PKR supporters.
Oh, by the way, I am by no means a BN supporter. I am just pissed off that my colleague got beaten up by those pussies.
I'mm all for the ban on communism in this country to be lifted!

msleepyhead said...

Communism is not so bad after all. Just look at China. But then Russia failed. One wonders if its the ideology or the people who uses it. Kinda like give a fishing rod to a farmer and he may not know what to do with it, but give it to a fisherman and it's a different story. So it doesn't matter who's in power as long as they use it for good and the betterment of the people. I wonder why some Malays still claim to be trampled and their rights being challenged and their still left behind economically, socially and all. Well, take a look at who's been running the country for the past 51 years. So if things still suck, blame the people you've voted in year after year, ask them what have they done for you.

Anonymous said...

I personally don't think that Anwar Ibrahim is not having some sort of back up from the Americans. I know this man is always getting all the supports both financially and educationally from the American Government. The first thing that he will do when he thinks that Bush will always supports him is to destroy and to manipulate Malaysia. Bush and his cronies will implement the special all American New Education System and Anwar Ibrahim will be the Chairman. This man already win a seat in Permatang Pauh and Pak Lah and Pak Najib still can't see what will happen next to Malaysia?????