Friday, July 03, 2015

PMO had to clarify Malaysian Insider's twisted reporting!

A twisted Edge of the Malaysian Insider!



KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI 

"1. Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan portal The Malaysian Insider yang bertajuk "Peningkatan kutipan zakat antara faktor Malaysia diiktiraf Fitch, kata Najib". Laporan tersebut adalah tidak tepat.

2. Di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri anjuran MAIWP pada hari ini, YAB Perdana Menteri telah berkata bahawa antara faktor peningkatan kutipan zakat termasuklah pengenalan dasar kerajaan yang betul dan pengurusan ekonomi yang baik dengan dibantu oleh sistem pembayaran zakat tersusun.

3. YAB Perdana Menteri juga berkata bahawa badan penarafan antarabangsa Fitch semalam telah menaiktaraf unjuran Malaysia daripada 'Negatif' kepada 'Stabil' kerana pengurusan dan kedudukan ekonomi serta kewangan negara.

4. YAB Perdana Menteri tidak pernah berkata bahawa peningkatan kutipan zakat adalah antara faktor Malaysia diiktiraf oleh agensi penarafan Fitch.

5. Pejabat Perdana Menteri kesal dengan The Malaysian Insider yang cenderung memutarbelit kenyataan YAB Perdana Menteri dan kerajaan sehingga menimbulkan salah faham dan keresahan dalam masyarakat."

FACEBOOK PMO

https://www.facebook.com/PMOMalaysia/posts/1133104936705484:0

TWITTER PMO

https://twitter.com/pmomalaysia/status/616625133852078080

No comments: